Truist Park
Truist Park

Truist Park

Truist Park ialah sebuah stadium besbol yang terletak di Atlanta, Amerika Syarikat. Stadium ini telah dibuka pada tahun 2017 dan menjadi gelanggang utama bagi pasukan Major League Baseball, Atlanta Braves.[15]Stadium ini telah dibina sebagai projek kerjasama awam swasta dengan bajet bernilai $622 juta.[16] Cobb-Marietta Coliseum & Exhibit Hall Authority telah mengisukan sehingga $397 juta untuk bon projek.[17] Pihak daerah pula menambah $14 juta hasil cukai pengangkutan dan $10 juta tunai darilada perniagaan di Cumberland Community Improvement District. Braves seterusnya menyumbang baki wang untuk stadium dan The Battery Atlanta. Pada Mac 2015, satu pemfailan sekuriti dari pemilik Braves Liberty Media telah membelanjakan $672 juta untuk Truist Park dan $452 juta untuk The Battery Atlanta, lalu meletakkan jumlah kos melebihi $1.1 bilion.[18] Braves akan menghabiskan $181 juta selama 30 tahun untuk membantu menyelesaikan bon negara ke atas projek tersebut.[19]Braves mengacarakan soft launch bagi pemegang tiket musim pada 31 Mac 2017 dalam aksi pramusim menentang New York Yankees.[20] Aksi pertama musim di stadium berlangsung pada 14 April 2017 menentang San Diego Padres.[21]SunTrust Banks pada asalnya yang memperoleh hak penamaan stadium pada tahun 2014. Selepas penggabungan pada 2020, SunTrust menjadi Truist Financial sekali gus nama stadium ditukar semula.[22][23]

Truist Park

Pemilik Cobb-Marietta Coliseum and Exhibit Hall Authority[2]
Saiz Padang Kiri padang – 335 ft (102 m)
Kiri pusat – 385 ft (117 m)
Pusat padang – 400 ft (122 m)
Kanan pusat – 375 ft (114 m)
Kanan padang – 325 ft (99 m)[7]
Nama silam SunTrust Park (2017–2020)
Koordinat 33°53′24″N 84°28′05″W / 33.89°N 84.468°W / 33.89; -84.468Koordinat: 33°53′24″N 84°28′05″W / 33.89°N 84.468°W / 33.89; -84.468
Permukaan Seashore Paspalum, Platinum TE[8]
Pecah tanah 16 September 2014 (16 September 2014)[9]
Lokasi Cumberland, Georgia, Amerika Syarikat[1]
Dibuka 31 Mac 2017 (31 Mac 2017) (perlawanan persahabatan)
8 April 2017 (8 April 2017) (perlawanan pembukaan, aksi kolej)
14 April 2017 (14 April 2017) (aksi musim)
Perkhidmatan jurutera M–E Engineers, Inc.[13]
Kapasiti 41,084 (2018–kini)[3]
41,149 (2017)[4][5]
Pentadbir Atlanta National League Baseball Club Inc.[2]
Rekod kehadiran 43,619 (regular season)[6]
Kos pembinaan $622 juta[10]
Jurutera struktur Walter P. Moore and Associates[13]
Arkitek Populous[11]
Kontraktor am American Builders 2017 (satu usaha sama antara Brasfield & Gorrie, Mortenson Construction, Barton Malow dengan New South Construction)[14]
Pengurus projek Jones Lang LaSalle[12]

Rujukan

WikiPedia: Truist Park https://www.mlb.com/braves/ballpark/transportation https://web.archive.org/web/20200730014347/https:/... http://www.ajc.com/news/news/comparing-braves-falc... https://web.archive.org/web/20160428043405/http://... https://www.scribd.com/document/374521345/2018-ATL... https://web.archive.org/web/20190331204252/https:/... http://www.myajc.com/sports/baseball/fans-watch-br... https://web.archive.org/web/20170402081132/http://... http://mlb.mlb.com/news/article/mlb/renderings-sho... https://web.archive.org/web/20140517135330/http://...